Nyawa adalah satu nikmat yang cukup besar dikurniakan kepada
insan yang bergelar manusia. Dialah yang Maha Pencipta, Dialah yang Maha
Mengetahui dan Dialah jua yang Maha Agung. Aku panjatkan kesyukuran kepadaMu ya
Rabb atas nikmat ini. Tiada kupinta untuk dilahirkan atas muka bumi ini tetapi
Engkau jua yang Maha Mengetahui. Kehadiranku ini mempunyai makna, makna yang
mendalam. Telah pun tertulis di dalam kitab Al Quran akan penciptaan ini.
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. 51:56
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya" 2:30
Hampir 19 tahun aku menghuni bumi ini. Sejujurnya, manusia
memang tidak lari dari melakukan khilaf yang ternyata memberi murka kepada Sang
Pencipta dan sejujurnya, hati kecil ini jauh berbisik manusia ini juga banyak
melakukannya. Tiada yang sempurna. Tapi belum
terlambat untuk menghapuskan karat itu kerana Dia Maha Mengasihani. Ya!
Dia Maha Mengasihani. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya. Dia
sentiasa memberi peluang yang nilainya lagi tinggi dari 100 jongkong emas.
Daripada Anas r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Allah Ta'ala berfirman: Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta,
berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada
dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak
sampai mencecah awan langit kemudian engkau memohon ampun kepadaKu, nescaya Aku
akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya engkau, andainya engkau
datang mengadapKu dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau dating menghadapKu
tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku akan mengurniakan untukmu
keampunan sepenuh isi bumi.
HADIS SAHIH 42
Lihatlah manusia! Betapa besar dan luasnya Rahmat dan belas kasihan
Allah SWT yang tidak
terbatas bagaikan lautan tidak berpantai untuk hambaNya. Allah
berjanji akan mengampunkan segala dosa hamba-hambaNya yang berdosa walau berapa
banyak dosa tersebut dengan syarat manusia tidak lekang berdoa, meminta ampun
dan mengharapkan keampunanNya dan dengan syarat manusia mati dalam lman, tidak
mensyirikkan Allah dengan sesuatu. Malangnya segelintir manusia alpa,
tersasar jauh dari yang benar. Manusia langsung tidak terdetik hatinya akan
kesalahan yang dilakukan. Langsung tidak terbit butir-butir keinsafan yang
membawa kepada sinar tiada malapnya. Namun aku bersyukur ya Allah, pintu hati
ini telah terbuka untuk kembali ke jalanMu, untuk menagih keampunanMu. Tapi aku
tidak kuat sebagaimana para NabiMu yang berjuang menegakkan agamaMu, aku tidak
setabah Bilal yang mulutnya tiada lekang memujiMu walau setiap saat diseksa
bertalu-talu. Ya Allah, aku pohonkan kekuatan dari Engkau ya Allah. Kurniakanlah
kepadaku ya Allah. Engkaulah tempat aku mengadu segala hal. Ameen….
Ayah,
keampunan darimu satu anugerah buatku…
Bonda,
berdosalah aku jika di telapak
Kakimu tidak
kutemui syurga…
Tak mahu
menjadi hamba dunia
Dengan
Qanaah, semuanya cukup
Andai derhaka
kepada orang tua
Rosak pahala,
semuanya lingkup
Ayuhlah berdoa
setiap waktu
Untuk ayah
dan juga bonda
Restu dan
rahmat semuanya bersatu
Sejahteralah hidup
hingga ke syurga
Nukilan,
AHMAD FEDTRI
YAHYA
Teringat pula akan satu kisah menceritakan tentang
keberkatan doa ibu. Inilah sebuah kisah teladan untuk para manusia.
Juraij adalah seorang hamba yang taat beribadah
kepada Allah SWT walaupun ibunya masih hidup, beliau lebih banyak menghabiskan
masa di sebuah pondok yang didirikan bagi melakukan pelbagai amalan yang
mendekatkannya kepada Tuhannya.
Suatu hari, ibu Juraij datang ke pondok beliau untuk
berjumpa dengannya sedangkan beliau sedang mngerjakan solat sunat. Lalu, ibunya
memanggil namanya, “wahai Juraij!” Juraij mendengar panggilan ibunya namuun
beliau rasa serba salah, “ibuku atau solatku?” katanya di dalam hati. Akhirnya
beliau mengambil keputusan untuk meneruskan solatnya dan tidak menyahut
panggilan ibunya. Tetapi ibunya terus memanggil Juraij. Sama seperti
sebelumnya, setiap kali mendengar panggilan si ibu, Juraij berasa serba salah
namun tetap meneruskan solat. Setelah panggilan ketiga tidak dijawab, ibu
Juraij berkata, “Semoga Allah tidak mematikanmu sehingga kamu dapat melihat
wajah para pelacur.” Kemudian, ibunya berlalu pulang ke rumah.
BERSAMBUNG…